Loading...

Anugerah Aksesibiliti Sejagat

Datuk Bandar Kuala Lumpur
2018

Borang Penyertaan E-Borang
01
UTAMA
mayor

Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018 (KL Mayor Universal Access Award 2018) adalah merupakan penganugerahan yang kedua diadakan setelah penganugerahan yang pertama iaitu pada tahun 2013. Pelaksanaan ini adalah selaras dengan perancangan dan komitmen yang terkandung di dalam Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2010 – 2020 iaitu yang menjurus kepada “Mempertingkatkan Kualiti Kesejahteraan Hidup Wargakota”.


Atas dasar itulah maka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhasrat untuk mempertingkatkan kesedaran di kalangan pemilik, pemaju, perunding seperti arkitek, jurutera, perancang bandar dan mereka yang terlibat di dalam sektor pembinaan supaya peka dan mengambilkira konsep bebas halangan ini di semua peringkat pembangunan bermula dari peringkat perancangan, penghasilan konsep rekabentuk sehingga pembinaan juga termasuk kaedah-kaedah penyelenggaraan.

DBKL amat berharap dengan terlaksananya Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018 ini maka akan meningkatkan kesedaran dan kepekaan kepada pemaju-pemaju khususnya dan industri pembinaan amnya untuk menitikberatkan kemudahan untuk semua golongan serta kepentingan aksesibiliti di semua peringkat pembangunan.


Merujuk kepada kepentingan inilah maka DBKL mengambil inisiatif untuk mengenalpasti bangunan-bangunan yang memenuhi keperluan kemudahan akses bagi semua golongan untuk diberikan pengiktirafan dan penghargaan.


Tan Sri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz

Datuk Bandar Kuala Lumpur

12 April 2018

02
ANUGERAH
Pendahuluan

Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur telah diilhamkan oleh Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Tan Sri Haji Ahmad Phesal bin Haji Talib, yang bermatlamat untuk mempromosikan rekabentuk alam bina yang berkonsepkan rekabentuk sejagat atau ‘universal design’ yang mesra kepada semua golongan termasuk golongan Orang Kurang Upaya.


Pendekatan ini adalah bersesuaian dengan Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2010-2020 iaitu Teras 1 dari Matlamat 1: Mempertingkatkan Kualiti Kesejahteraan Hidup Wargakota.


Anugerah ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemilik, pemaju, perunding seperti arkitek, jurutera, perancang bandar dan mereka yang terlibat di dalam sektor pembinaan supaya peka dan mengambilkira konsep bebas halangan ini di semua peringkat pembangunan bermula dari penghasilan konsep rekabentuk sehingga pembinaan termasuk kaedah penyelenggaraan.


Anugerah ini memberi fokus kepada pembangunan yang merancang pelaksanaan rekabentuk sejagat ini dengan teliti mengikut spesifikasi dan kesinambungan yang teratur.


Penganjuran ini juga bertujuan untuk memberi kredit dan pengiktirafan kepada pemaju/ pemilik serta pasukan bangunan yang terlibat dalam menyediakan kemudahan dan aksesibiliti untuk OKU. Pengiktirafan ini merupakan sebahagian daripada usaha-usaha kerajaan bagi menggalakkan pembangunan untuk menyediakan kemudahan dan aksesibiliti kepada golongan OKU seperti yang termaktub di dalam Akta OKU 2008 dan lain-lain arahan.

Objektif

Objektif utama penganjuran adalah:


Untuk memberi kredit dan pengiktirafan kepada pemilik bangunan yang menyediakan kemudahan dan aksesibiliti untuk OKU. Pengiktirafan ini merupakan sebahagian daripada usaha-usaha kerajaan bagi menggalakkan pemilik-pemilik bangunan untuk menyediakan kemudahan dan aksesibiliti kepada golongan OKU seperti dikehendaki oleh undang-undang.


Untuk mewujudkan pembangunan alam persekitaran yang dapat memenuhi keperluan semua golongan pengguna terutamanya OKU dan amnya generasi muda, kanak-kanak, warga emas dan semua lapisan masyarakat dengan mengaplikasikan Rekabentuk Sejagat di Kuala Lumpur ke arah menjadikan Kuala Lumpur Bandar Raya Bebas Halangan (Accessible City).

Garis Masa

12.4.2018 : Pelancaran & Pencalonan dibuka


30.6.2018: Pencalonan Ditutup Telah Dilanjutkan hingga 30.6.2018


Tarikh Di Beritahu Kelak : Makluman kepada calon yang berjaya


Tarikh Di Beritahu Kelak : Penyerahan dokumen oleh Calon kepada Sekretariat


Tarikh Di Beritahu Kelak : Penjurian & Pemeriksaan Audit Akses


Tarikh Di Beritahu Kelak : Audit Pemarkahan & Senarai Akhir Calon (5 calon setiap kategori)


20.8-31.8.2018 : Undian atas talian


Oktober 2018 : Gala Diner & Majlis Penyampaian Hadiah

03
PLAK
Anugerah Utama

Pemenang anugerah utama akan diberikan pengesahan dan penghargaan di atas kejayaan menerima Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur.


Plak yang direkacipta khas ini adalah berbentuk sijil penghargaan yang diberikan kepada pemilik bangunan bagi pemenang anugerah utama.


Adalah diharapkan dengan kejayaan menerima anugerah ini, bangunan yang menerima anugerah akan dapat menaikkan nama dan taraf untuk dihebahkan kepada umum terutamanya bagi mempromosikan kemudahan akses OKU yang telah disediakan.

04
KATEGORI
Kategori Pencalonan
  1. Rel
  2. Pengangkutan Awam Bermotor
  1. Pejabat
  2. Pembanggunan bercampur
  3. Rumh kedai
  4. Hotel
  5. Pusat perubatan
  6. Institusi Pendidikan Swasta
  1. Pejabat Kerajaan
  2. Rumah ibadat
  3. Hospital/ Pusat Perubatan
  4. Universiti awam
  1. Taman & Kawasan Awam
05
PENCALONAN
Pencalonan

Anugerah bagi edisi kedua ini terbuka kepada semua projek pembangunan awam dan swasta yang telah siap dilaksanakan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Pengemukaan projek-projek untuk tujuan pencalonan akan dibuka kepada badan-badan yang mewakili bidang-bidang profesional seperti Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM), Malaysian Institute of Planners (MIP), Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM), Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) dan sebagainya.


Pengemukaan pencalonan terbuka kepada Badan Profesional, pemaju/ pemilik, Juruperunding dan Ahli Pasukan Bangunan.


Hanya pencalonan yang memenuhi syarat-syarat penyertaan sahaja yang akan diterima untuk saringan awal. Sesi lawatan dan audit akses akan diatur dan pemarkahan akan diberi. Pemilihan pencalonan adalah merujuk kepada markah audit akses.


Sesi pembentangan dan penjurian oleh Panel Juri akan dibuat bagi memuktamadkan pencalonan yang berjaya. Penilaian adalah berdasarkan kepada tahap dan kualiti kemudahan akses dan keperluan OKU yang disediakan di bangunan/ lokasi yang dicalonkan.

Proses Pencalonan

Proses pemilihan dan penilaian pemenang adalah seperti berikut :

  • a) Pelantikkan Panel Juri/ ‘access auditor’ dan kumpulan OKU sebagai ‘access inspector’.
  • b) Sekretariat menerima pencalonan dari badan-badan professional, pemaju dan pemilik sebelum tarikh tutup.
  • c) Semakan oleh Sekretariat samada pengemukaan memenuhi syarat-syarat pencalonanan.
  • d) Penyenaraian senarai calon yang menepati syarat pertandingan.
  • e) Lawatan dan Pemeriksaan Audit Akses.
  • f) Pembentangan dan penjurian oleh Panel Juri.
  • g) Senarai Pemenang
Kriteria

Penilaian adalah berdasarkan kepada tahap dan kualiti kemudahan akses dan keperluan OKU yang disediakan, antaranya :

  • a) laluan/ pintu masuk utama (main entrance)
  • b) tempat letak kereta OKU
  • c) aksesibiliti dan ‘circulation space’
  • d) telefon awam untuk OKU
  • e) lif/ eskalator
  • f) tandas OKU
  • g) tempat makan awam (food court)
  • h) pengurusan baik (penyediaan kerusi roda, ‘helper’ untuk bantu OKU)
  • i) kakitangan yang boleh berinteraksi dan membaca ‘sign language’

Anugerah Aksessibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur akan menilai pembangunan-pembangunan yang telah dicalonkan untuk pengiktirafan berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti di bawah :

Bil Bahagian Kriteria Markah
1. Bahagian A Aksesibiliti 25
2. Bahagian B Kebersambungan(Connectivity) 20
3. Bahagian C Mesra Pengguna 15
4. Bahagian D Keselamatan 10
5. Bahagian E Rekabentuk Berintegrasi 10
6. Bahagian F Operasi dan Penyelenggaraan 10
7. Bahagian G Ciri-ciri Inovasi dan Lain-lain 10
Jumlah Keseluruhan 100
Tarikh Penting
06
Borang
Borang Pencalonan

Untuk menyertai, sila isi borang dibawah:


Muat Turun Borang

Sila hantarkan sebarang pertanyaan anda ke kluniversalaccessaward@gmail.com

07
PANEL
Carta Organisasi Panel Juri
Lihat Carta
Carta Organisasi Sekretariat
Lihat Carta
08
SENARAI PENCALONAN
Senarai Akhir Pencalonan

Senarai calon ‘Top 5’ bagi setiap kategori :

09
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Malam Gala Dan Majlis Penyampaian Hadiah

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada bulan Oktober 2018

10
PENAJA
11
BERITA
Kenyataan Akhbar
Liputan Media
Social Media Media Cetak TV & Radio
12
GALERI
UAA 2013

UAA2013 telah berjaya dilaksanakan buat kali pertamanya pada 22 September 2013. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bertempat di Hotel Vivatel Kuala Lumpur. Pemenang Anugerah Utama telah diberikan kepada :

  • a) Hospital Rehabilitasi Cheras, Bandar Tun Razak
  • b) Kompleks Membeli-belah Berjaya Times Square
  • c) Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan
  • d) Jalan Raja Laut
  • e) Kuala Lumpur Convention Center
  • f) Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • g) Taman Tasik Titiwangsa

Panel juri telah bersetuju untuk memberikan Anugerah Khas kepada Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Tan Sri Ahmad Fuad Bin Ismail bagi menghargai jasa beliau yang menyokong pembangunan dan dasar penyediaan kemudahan OKU di Kuala Lumpur sebelum ini.

Gambar Pemenang
Gambar Event
Panel Juri

Setiap pembangunan yang telah terpilih untuk disahkan pengiktirafan penerimaan anugerah telah dinilai oleh panel juri yang dilantik. Para panel juri yang terpilih mempunyai latarbelakang yang berbeza bagi mewakili pelbagai organisasi dan institusi seperti yang tersenarai :

  • a) Dr. Naziaty Mohd. Yaacob; Universiti Malaya (UM)
  • b) Dr. Ruzita Mohd. Amin; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • c) Ir. Chen Thiam Leong; Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM)
  • d) LAr Hj. Zainuddin Bin Ya; Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)
  • e) YBhg. Dato’ Dr. Zaliha Omar; Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AIU)
  • f) Ir. Hj. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool; Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • g) Ar. Chan Seong Aun; Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
Galeri Foto